Latar belakang dan komposisi Amaran (lagu)

Untuk "Amaran", Siti Nordiana memilih Bunga Isme sebagai rakan duet.[4][5] Beliau mengakui mahu mencabar diri dengan menghasilkan sesuatu berbeza dari lagu-lagu terdahulunya. Menerusi lagu ini, beliau mendekati kelompok peminat baharu.[1][6] Dalam temubual bersama Berita Harian, Nana menegaskan bahawa lagu ini "bukan memberi amaran kepada sesiapa pun. Ia sekadar hiburan. Kalau diamati, single ini juga berkisar laungan memperkasakan wanita dan suntikan nasihat".[7][8] Menurutnya, judul lagu itu telah diberi oleh Warner Music Malaysia sejak 2020.[7]

Berdurasi selama 3 minit dan 25 saat, "Amaran" ialah lagu hasil nukilan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat dengan lirik ditulis bersama oleh Bunga. Lirik lagu antara lain menyelitkan nasihat insan yang pernah melalui dunia percintaan. Menurut Nana: "Lagu ini ibarat nasihat kakak kepada adik atau ibu kepada anaknya,".[1] Bunga pula menjelaskan lagu ini mengetengahkan pemerkasaan wanita.[9]

Dalam komen awalnya mengenai "Amaran", Khai Azfar dari portal hiburan Murai.my berkata: "Percubaan pertama penyanyi ini [Siti Nordiana] membawakan lagu berentak EDM dan nusantara ternyata berjaya, sesuai dengan peredaran muzik kini. Manakan tidak, ritma yang disifatkan menarik membuatkan sesiapa sahaja mendengarnya akan turut nikmatinya".[10]

Rujukan

WikiPedia: Amaran (lagu) https://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nor... https://era.je/interaktif/gosip-mossip-mak-jemah-g... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/12/784526/ini-a... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/12/787535/amara... https://www.mstar.com.my/spotlight/2021/12/03/siti... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/12... https://murai.my/2021/133776/lagu-amaran-siti-nord...